Thursday, March 25, 2010

UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

Bab 1: KESALAHAN-KESALAHAN HUDUD DAN HUKUMNYA

Kesalahan-kesalahan hudud,seperti mana yang telah dijelaskan terdiri daripada 7 jenis kesalahan yang telah Allah swt dan Rasullullah saw sebutkan kesemuanya dalam Al-quran dan hadith.Ia adalah kesalahan-kesalahan berat yang mana setiap penjenayah bagi semua kesalahan tersebut wajib dijatuhkan hukuman yang telah ditetapkan oleh islam jika sabit kesalahan sebagai menjaga kepentingan dan hak Allah swt atau kepentingan masyarakat umum.

Secara umumnya 7 kesalahan yang dikategorikan sebagai kesalahan hudud ialah:
  1. kesalahan zina
  2. kesalahan menuduh zina
  3. kesalahan minum arak
  4. kesalahan mencuri
  5. keslahan merompak/menyamun
  6. kesalahan murtad
  7. kesalahan penderhaka

1.KESALAHAN ZINA

Zina membawa maksud:suatu hubungan jenis atau hubungan seks yang dilakukan antara lelaki dan perempuan secara haram atau tidak sah dari sudut syara'.

Dalil-dalil dari Al-Quran:
surah An-Nur24:02

Hadis Nabi saw:

إن رجلا من ‏ ‏الأعراب ‏ ‏أتى رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فقال يا رسول الله أنشدك الله إلا قضيت لي بكتاب الله فقال الخصم الآخر وهو أفقه
منه نعم فاقض بيننا بكتاب الله وأذن لي فقال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قل قال إن ابني كان ‏ ‏عسيفا ‏ ‏على هذا فزنى بامرأته وإني أخبرت أن على ابني ‏ ‏الرجم ‏ ‏فافتديت منه بمائة شاة ووليدة فسألت أهل العلم فأخبروني أنما على ابني جلد مائة وتغريب عام وأن على امرأة هذا ‏ ‏الرجم ‏ ‏فقال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏والذي نفسي بيده ‏ ‏لأقضين بينكما بكتاب الله الوليدة والغنم ‏ ‏رد ‏ ‏وعلى ابنك جلد مائة وتغريب عام ‏ ‏واغد ‏ ‏يا ‏ ‏أنيس ‏ ‏إلى امرأة هذا فإن اعترفت ‏ ‏فارجمها ‏ ‏قال فغدا عليها فاعترفت فأمر بها رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏فرجمت

Sesungguhnya seorang lelaki dari kabilah Al-A'rab datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: Wahai Rasulullah! Aku datang kepadamu supaya kamu memutuskan hukuman ke atasku berpandukan kitab Allah. Kemudian berkata pula seorang yang lain (yang menjadi lawannya) dia itu lebih banyak ilmu darinya. Baiklah, hukumlah antara kami berdasarkan Kitab Allah, wahai Rasulullah! Sekarang izinkanlah aku untuk menjelaskannya kepadamu. Rasulullah s.a.w bersabda: Katakanlah. Dia pun bercerita: Sesungguhnya anakku telah menjadi pelayan orang ini, Suatu hari anakku telah melakukan zina dengan isterinya. Aku mendapat khabar bahawa anakku itu mesti dihukum rejam. Aku akan menebusnya dengan seratus ekor kambing dan seorang hamba perempuan. Ketika hal itu aku bertanyakan kepada salah seorang yang alim, aku diberitahu bahawa anakku itu hanya dikenakan hukuman sebanyak seratus kali rotan dan diasingkan selama setahun dan isteri orang inilah yang mesti dihukum rejam. Mendengar penjelasan itu, Rasulullah s.a.w lalu bersabda: Demi Zat yang jiwaku berada dalam kekuasaan-Nya, sesungguhnya aku akan memutuskan hukuman ke atas kamu berpandukan kitab Allah (Al-Quran). Seratus ekor kambing dan hamba perempuan tadi harus dikembalikan dan anakmu mesti dihukum rotan sebanyak seratus kali sebatan serta diasingkan selama setahun. Sekarang pergilah kepada isteri orang ini, wahai Unais! Jika dia mengaku, maka jatuhkanlah hukuman rejam ke atasnya. Maka Unais pun datang menemui wanita tersebut dan ternyata dia mengakui atas perbuatannya itu. Maka sesuai dengan perintah dari Rasulullah s.a.w maka wanita itupun dijatuhkan hukuman rejam.

Hadis Nabi saw:

"Ambillah peraturan dariku,ambillah peraturan dariku,ambillah peraturan dariku,sesungguhnya Allah swt telah memberikan jalan untuk mereka teruna sama dara yang berzina hukumannya disebat 100 kali dan dibuang negeri setahun,dan yang sudah berkahwin hukumannya disebat seratus kali dan direjam".

Para fuqaha sependapat mengatakan bahawa jenayah zina mempunyai 2 unsur penting:
1.Unsur fizikal iaitu perbuatan persetubuhan haram
2.Unsur miral iaitu niat jahat atau sengaja melakukan persetubuhan haram itu.

Dalam bab kesalahan zina ini kenapakah Allah menetapkan hukuman yang sedemikian??
Hukuman Allah adalah hukuman yang adil lagi saksama,tiada hukuman yang seadil hukumanNYA.Adapun hukuman ciptaan manusia dalam bab zina ini seakan-akan sesuai dengan fitrah kita tetapi ia sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah yang berlaku dalam masyarakat kita.Kita sebagai khalifah di bumi dan sebagai hamba Allah mestilah mengikut kehendak dan patuh kepada segala suruhan Allah.
Dewasa ini kita sering mendengar berita2 tentang pembuangan bayi,anak luar nikah dan sebagainya,kenapa ianya terjadi dalam masyarakat kita??Ini adalah salah satu kesan kerana kita tidak mengikut perintah dan hukuman yang telah ditetapkan Allah.Setiap hukuman yang Allah tentukan ada asbabnya.
Dalam ayat32 surah al-israa' Allah telah menegaskan supaya kita jangan menghampiri zina.Cuba kita semua fikirkan kenapa Allah melarang kita daripada terjerumus dalam zina??Kesannya amat besar dalam kehidupan kita kerna zina boleh merosakkan keturunan seseorang,meragut maruah diri dan melahirkan anak yang tiada bapa(anak luar nikah).Apabila terjadinya masalah2 ini manusia akan mengambil langkah2 yang boleh merosakkan lagi akidah mereka contohnya berlakunya pembuangan bayi dan pembunuhan bayi yang tidak berdosa.Perbuatan zina itu adalah salah satu dari dosa besar dan jikalau ditambahkan lagi dengan perbuatan membunuh mahupun pembuangan bayi ia akan membuatkan diri kita lebih lagi berdosa pada Allah.Bayangkan jikalau kita mati dalam berbuat dosa pada Allah,apakah kita akan di masukkan ke syurga Allah??Marilah kita fikir dan renungkan bersama.Allah telah berfirman dalam surah An-Nisaa' ayat 31:
Dalam surah ini Allah telah memberi jaminan kepada kita bahawasanya ganjaran syurga bagi orang2 yang menjauhkan diri mereka dari dosa2 besar dan Allah akan mengampunkan kesalahan2(dosa2 kecil).Kita sebagai hambaNya mestilah dan seharusnya mengikut segala apa yang telah diperintahkan Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
"Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya".(151) surah Al-An'aam

Monday, March 22, 2010

AJAL


Dewasa ini,kita sering dikhabari berita2 tentang kematian.Ramai yang telah pergi meninggalkan kita baik yang tua adapun yang muda.Cuba kita renung dan fikirkan ayat2 Allah yang berkaitan dengan ajal dan maut,contohnya petikan ayat dari surah Al-A'raaf yang saya petik:ayat 34.Allah telah berfirman bahawa setiap umat itu ada tempoh yang telah ditetapkan(yakni setiap yang hidup akan kembali pada Allah:mati),maka bila datang ajalnya,tidak dapat mereka dikemudiankan walaupun sesaat dan tidak dapat pula mereka dahulukan.Jika kita renungkan dan berfikir sejenak mesti kita akan bertanya pada diri kita,dari mana kita datang dan ke mana kita akan dikembalikan??Saya percaya setiap dari kita yang beragama islam tahu jawapannya,Allah lah yang mendatangkan kita dan Allah jualah yang mengembalikan kita,persoalannya..Apakah jikalau kita dikembalikan padaNYA nanti tempat kita di syurga ataupun sebaliknya(neraka)??Wa'iyyazubillah..Tepuklah dada tanyalah iman kita..

Setiap umat islam mahupun yang beragama lain bila ditanya kepada mereka dua pilihan ini,maka mestilah mereka inginkan syurga.Tapi,layakkah kita masuk ke syurga Allah??Apakah yang perlu kita sebagai umat islam lakukan untuk kita layak masuk ke syurga Allah??Fikirkanlah..Adakah segala amalan yang kita lakukukan itu diterima Allah??Marilah kita sama2 bermuhasabah dan renungkan sejenak tentang diri kita,adakah kita benar2 islam yang muslim??muslim yang mukmin??dan apakah kita mukmin yang muktaqim??

Rasullullah pernah bersabda:"Sesungguhnya orang paling bijak/cerdik adalah orang yang sentiasa ingatkan mati"


Saturday, March 20, 2010

MASA


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
"Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar". Surah Al-Ashr:ayat1-3


Cuba kita semua renung dan fikirkan mengapakah dan kenapakah Allah turunkan surah ini kepada kita semua.Kenapakah masa itu penting untuk kita semua??Pada pandangan saya..
Dalam surah ini Allah telah menegaskan bahawa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian(yakni manusia yang tidak memanfaatkan masa mereka dengan mengikut kehendak Allah dan tidak menggunakan dengan cara yang betul),kecuali manusia yang benar-benar beriman dan sentiasa beramal soleh(yakni mereka yang benar-benar mengamalkan apa yang disuruh Allah dan meninggalkan segala laranganNya),dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran(yakni mereka yang sentiasa memberi nasihat serta mengajak kepada sesama muslim ke arah kebenaran dan kebaikan dan mereka sentiasa bersabar dalam memberikan nasihat dan tunjuk ajar demi menegakkan Agama Allah).Oleh yang demikian marilah kita sama-sama mengamalkan dan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan Allah tanpa adanya ragu-ragu di dalam diri kita supaya kita akan di redhai dan di berkati Allah di dunia mahupun di akhirat.Supaya dengan ini kita akan menjadi umat yang berjaya di dunia dan akhirat.