Tuesday, May 18, 2010

Sakaratul Maut

Dasyatnya Sakaratul Maut

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah,pertama sekali marilah kita sama2 memanjat rasa kesyukuran pada Allah s.w.t kerana kita masih lagi di beri nikmat hidup,diberi pinjam Allah nyawa untuk kita meneruskan kehidupan dalam kita mencari keredhaan Allah dan mencari bekalan yang secukupnya untuk di bawa ke sana nanti.Di sini ana ingin berkongsi dengan teman-teman semua tentang “Dasyatnya Sakaratul Maut”.Tentu kita semua pernah mendengar dan mungkin tahu apakah itu “sakaratul maut”.

Allah berfirman dalam surah Al-An’am ayat 93:


Maksudnya:” Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupun kepadanya dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan sakratulmaut (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya”.


Allah berfirman lagi dalam surah An-Nahl ayat 28 dan 29:



Maksudnya:

(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka menganiaya diri sendiri (dengan kekufurannya). Lalu mereka tunduk menyerah (ketika melihat azab sambil berkata): Kami tiada melakukan sesuatu kejahatan. (Malaikat menjawab): Bahkan (kamu ada melakukannya); sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu telah kerjakan.(ayat28)

Oleh itu, masukilah pintu-pintu Neraka, tinggal kekallah kamu di dalamnya; maka sesungguhnya (Neraka itu) seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur.(ayat29)

Di akhir sakaratul maut,seorang manusia akan diperlihatkan padanya wajah dua Malaikat Pencatat Amal.Kepada orang zalim,si malaikat akan berkata,”Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baikengkaulah yang membuat kami terpaksa hadir kami di tengah-tengah perbuatan kejimu,dan membuat kami hadir menyaksikan perbuatan burukmu,memaksa kami mendengar ucapan-ucapan burukmu.Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik!!”Ketika itulah orang yang sedang dalam keadaan Sakaratul Maut itu menatap lesu kea rah kedua malaikat itu.

Ketika Sakaratul Maut hampir selesai,di mana tenaga mereka telah hilang dan roh mulai merayap keluar dari jasad mereka,maka tibalah saatnya Malaikattul Maut mengabarkan padanya rumahnya kelak di akhirat.Rasulullah s.a.w pernah bersabda:”Tak seorang pun diantara kalian yang akan meninggalkan dunia ini setelah diperlihatkan padanya tempatnya di syurga atau di neraka.””Wahai musuh Allah,itulah rumahmu kelak,bersiaplah engkau merasakan siksa neraka.”Nauudzu bila min dzalik!

Sebaliknya bagi orang beriman,Imam Ghazali mengatakan bahwa orang yang beriman akan melihat rupa Malaikatul Maut sebagai pemuda tampan,berpakaian indah dan menyebarkan wangi yang sangat harum.

Allah berfirman dalam surah An-Nahl :


Maksudnya:

Dan ditanya pula kepada orang-orang yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Kebaikan". Orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini beroleh balasan yang baik dan sesungguhnya balasan negeri akhirat itu lebih baik lagi dan memanglah negeri akhirat ialah sebaik-baik negeri bagi orang-orang yang bertakwa.(ayat 30)

(Untuk mereka) Syurga-syurga "Adn", yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertakwa,(ayat 31)

Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan.(ayat 32)

Dan di saat akhir Sakaratul Mautnya, malaikat pun akan menunjukkan Syurga yang akan menjadi rumahnya kelak di akhirat, dan berkatalah padanya..”Bergembiralah, wahai sahabat Allah,itulah rumahmu kelak,bergembiralah dalam masa-masa menunggumu”.

Wahai teman-teman semua,marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita.Apakah amalan kita untuk bekalan di sana sudah mencukupi untuk kita memiliki Syurga??Ataupun sebaliknya..wai’ya dzubillah..Marilah kita semua renung dan fikirkan sejenak dan betulkan apa yang sepatutnya kita perbetulkan..”Sesungguhnya tidak Aku(Allah) jadikan Jin dan Manusia itu melainkan untuk sujud dan beribadat padaKu.”

Monday, May 17, 2010

Penawar Kepenatan

Penawar kepenatan

Rasulullah s.a.w telah mengajarkan kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah dan menantunya Saidina Ali bin Abi Talib bagaimana cara untuk menghilangkan rasa kepenatan dalam melaksanakan tugas-tugas harian .Kisah ini menceritakan ,apabila suatau hari Saidatina Fatimah mengadu pada suaminya Saidina Ali tentang kesakitan pada tangannya kerana menggiling gandum untuk membuat roti,lalu Saidina Ali berkata:”Bapa kamu telah membawa pulang balik tawanan perang,mintalah seorang khadam untuk membantu kamu..”

Saidatina Fatimah lalu segera pergi berjumpa dengan bapanya Rasulullah s.a.w setelah di beritahu oleh suaminya untuk meminta seorang khadam bagi membantu dalam tugasan hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah tidak mampu untuk menunaikan dan memenuhi hasrat anak kesayangannya itu.Lalu Rasulullah s.a.w segera pergi berjumpa dengan puteri dan menantunya itu.

Baginda s.a.w berkata:

“Apakah kamu mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik dari apa yang kamu berdua minta daripadaku?Apabila kamu berdua hendak berbaring untuk tidur,maka bertasbihlah(SUBHANALLAH) 33kali,bertahmid(ALHAMDULILLAH) 33kali,dan bertakbir (ALLAHUAKBAR) 33kali.Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua dari seorang khadam”.


33kali


Inilah penawar ringkas yang di ajarkan oleh Baginda s.a.w kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesulitan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s.a.w ini.Katanya:”Demi Allah aku tidaj pernah meninggalkannya semenjak ia di ajarkan kepadaku”.


33kali


Kepada ibu-ibu,suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian,amalkanlah petua yang di ajarkan oleh Rasul kita ini pada setiap malam sebelum melelapkan mata.Lakukanlah dengan beristiqamah dan ihklas,Insya Allah petunjuk Rasul ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita.Insya Allah wajah kita akan ceria dengan senyuman dan jiwa akan tenang pada keesokan harinya.Wallahua’lam.


33kali

Jenis-jenis Manusia Di Doa Oleh Para Malaikat


JENIS-JENIS MANUSIA DI DOA OLEH PARA MALAIKAT

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Di sini ana ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua,apakah kita ini termasuk dalam golongan yang di doakan oleh para malaikat??Alangkah bertuahnya kita jikalau kita ini termasuk dalam golongan ini,sudah tentulah doa para malaikat ini di makbulkan oleh Sang Pencipta,Allah s.w.t.

Marilah kita bermuhasabah diri kita dan pastikan kita termasuk dalam golongan manusia yang di doakan oleh para malaikat.Insya Allah..

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:” Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci,malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa:”Ya Allah,ampunilah hamba-Mu si fulan bin si fulan kerana tidur dalam keadan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:”Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat,selama ia berada dalam keadaan suci,kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya:’Ya Allah,ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.”


3. Orang yang berada di saf depan solat berjamaah. Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:”Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:”Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas (orang) yang menyambung saf”.


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai mem baca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,maksudnya:”Jika seseorang imam membaca..(ayat terakhir dari al-Fatihah sehingga selesai),ucapkanlah oleh kamu ‘aminn’kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat,maka akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah pernah bersabda,maksudnya:”Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada didalam tempat solat,di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah pernah bersabda,maksudnya:”para malaikat berkumpul pada solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba)Pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari(hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:”Bagaimanakah kalian meninggalkan hamba-hambaKu?”Mereka menjawab: kami datang sedangkan mereka melakukan solat kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat,ampunilah mereka pada hari kiamat.”


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah pernah bersabda,maksudnya:”Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada malaikat yang menjadi wakil baginya,setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata”aminn dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.”

Sunday, May 16, 2010

Kepentingan InsyaAllah

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Allah Subhanahuwata'ala telah berfirman dalam surah Al-Kahf ayat 23 dan 24:

Bermaksud:

“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu(yang hendak dikerjakan):”Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu,besok pagi”melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata)”Insya Allah”(jika dikehendaki Allah).

Sebagai agama yang syumul,islam telah mengaturkan bagi umatnya adab-adab dalam berjanji. Antara adab-adab yang perlu diikuti ketika melafazkan janji ialah dengan menyertakan ucapan”insyaAllah”. Ayat di atas diturunkan ketika mana Rasulullah didatangi oleh suku kaum Quraisy yang mana mereka ini menanyakan Rasulullah tentang Roh,Ashab Al-Khahf dan Dzulkarnain,lalu Rasulullah saw berjanji untuk menjawabnya keesokan harinya(dengan janji secara pasti) dan mengharapkan Jibril akan datang membawa wahyu. Hasilnya Jibril tidak datang sehingga lima belas hari lamanya. Ini membuatkan kaum Quraisy itu menuduh Rasulullah sebagai pendusta dan memperlekehkan Rasulullah kerna Rasulullah tidak dapat menyempurkan janji itu. Dalam kisah ini Allah telah menegur Rasulullah supaya apabila hendak membuat sesuatu janji supaya tidak mengikat janji itu secara pasti tetapi hendaklah mengatakan “Insya Allah”,kerana kekuasaan yang tinggi adalah di tangan Allah swt. Dari kisah ini kita dapat mengambil ikhtibar bahawa sesuatu janji yang hendak di buat itu mestilah disertakan dengan" InsyaAllah".

Maka dalam ayat ini Allah telah memberikan Rasulullah dan umatnya sebagai petunjuk bahawasanya sesuatu perkara itu hendaklah diserahkan kepada Allah sema-mata terutamanya apabila hendak melakukan sesuatu perkara pada masa yang akan datang hendaklah disertakan dengan “Insya Allah”(jika dikehendaki Allah)kerana hanya Allah jualah yang Maha mengetahui dan Maha menentukan segalanya apa yang berlaku selepas itu samada mengizinkan sesuatu perkara itu terjadi mahupun tidak. Sehubungan dengan itu Rasulullah saw mengambil dengan penuh perhatian mengenainya sehingga suruhan melakukan sesuatu dengan menyatakan pengakuan “Insya Allah” itu ditekankan oleh Baginda saw sebagaimana yang diriwatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu anhu:

Maksudnya: “Nabi Sulaiman bin Daud alaihissalam berkata:”Demi sesungguhnya saya akan mendatangi pada malam ini semua isteri-isteriku seramai seratus orang di mana masing-masing daripada mereka itu akan melahirkan seorang anak laki-laki yang menyertai jihad di jalan Allah”. Lalu Malaikat berkata kepadanya:”katakanlah: insya Allah”,namun sulaiman tidak mengatakannya kerana terlupa ,lalu dia mendatangi isteri-isterinya dan tidaklah lahir daripada mereka itu kecuali salah seorang isterinya yang melahirkan separuh manusia. Nabi saw bersabda:”Andainya dia berkata :”insya Allah”,tentulah dia tidak melanggar sumpahnya dan itu akan lebih mendatangkan harapan bagi hajatnya”(Hadith Riwayat Al-Bukhari).

Hadis ini memberikan peringatan dan pengajaran pada kita bahawa dengan menyertakan perkataan “insya Allah” ketika berjanji itu boleh menyelamatkan orang yang berjanji dari termasuk golongan orang-orang yang memungkiri atau mengingkari janji. Soalnya apakah ucapan “insya Allah “ itu diiktibarkan sebagai janji yang mesti dipenuhi mengikut hukum syara’?

Kebiasaannya sebahagian orang didapati apabila membuat janji akan mengatakan”insya Allah” dengan tujuan dengan tidak memberati apa yang dijanjikan itu atau dengan kata lain lafaz “insya Allah” itu diucapkan sebagai alas an untuk tidak memenuhi janji tersebut. Ini memang jelaslah bertentangan dengan hukum syara’ bahkan ia adalah dilarang oleh islam kerna ianya haram di sisi Allah. Janji itu wajib ditepati,manakal aucapan “insya Allah” itu adalah suruhan Allah dan RasulNya ketika berjanji sebagaimana telah disebutkan dalam Al-Quran dan Hadith Rasulullah saw. Maka disini ada dua perkara yang berasingan dan saling berhubung kait di antara satu dengan yang lain iaitu kewajipan menunaikan janji dan suruhan ucapan dengan lafaz “insya Allah” ketika melakukan janji. Ini bererti ucapan “insya Allah” itu bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji yang dibuat dengan berserah kepada kuasa Allah semata-mata. Bahkan perkataan “insya Allah” itu hendaklah disertai dengan azam untuk menyempurnakan janji agar tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang munafiq.

Walaubagaimanapun menyebut perkataan “insya Allah” dengan azam untuk melakukan sesuatu itu adalah lebih menepati kehendak agama Islam, kerana kita pasti bahawa kita tidak mampu melakukan sesuatu itu dengan izin Allah swt jua. Al-Quran juga mengajar umatnya apabila terlupa menyebut lafaz “insya Allah” ketika itu hendaklah kita menyebutnya sebaik-baik sahaja kita teringat. Hal ini diperintahkan Allah dalam firmanNya:”Dan ingatlah serta sebutkanlah akan Tuhanmu jika engkau lupa”.(Surah Al-Kahf:24)

Dari apa yang telah dijelaskan di atas dapat diambil ikhtibar dan pengajaran bahawasanya kepentingan lafaz “insya Allah “ ketika membuat sesuatu janji itu adalah dituntut oleh agama Islam disamping usaha kita untuk menyempurnakan janji yang telah kita adakan dengan Izin Allah swt.Insya Allah dengan kita mengamalkan syariat yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasul junjungan kita ini,maka kita akan terhindar dan di jauhi dari sifat-sifat orang munafiq yang mana mereka ini kekal di dalam neraka jahanam,wai’yazubillah..