Monday, May 17, 2010

Jenis-jenis Manusia Di Doa Oleh Para Malaikat


JENIS-JENIS MANUSIA DI DOA OLEH PARA MALAIKAT

Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t

Di sini ana ingin berkongsi dengan kawan-kawan semua,apakah kita ini termasuk dalam golongan yang di doakan oleh para malaikat??Alangkah bertuahnya kita jikalau kita ini termasuk dalam golongan ini,sudah tentulah doa para malaikat ini di makbulkan oleh Sang Pencipta,Allah s.w.t.

Marilah kita bermuhasabah diri kita dan pastikan kita termasuk dalam golongan manusia yang di doakan oleh para malaikat.Insya Allah..

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:” Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci,malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa:”Ya Allah,ampunilah hamba-Mu si fulan bin si fulan kerana tidur dalam keadan suci.”


2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:”Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat,selama ia berada dalam keadaan suci,kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya:’Ya Allah,ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.”


3. Orang yang berada di saf depan solat berjamaah. Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:”Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.


4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya:”Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas (orang) yang menyambung saf”.


5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai mem baca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,maksudnya:”Jika seseorang imam membaca..(ayat terakhir dari al-Fatihah sehingga selesai),ucapkanlah oleh kamu ‘aminn’kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat,maka akan diampuni dosanya yang lalu.”


6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah pernah bersabda,maksudnya:”Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada didalam tempat solat,di mana ia melakukan solat.”


7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah pernah bersabda,maksudnya:”para malaikat berkumpul pada solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba)Pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari(hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:”Bagaimanakah kalian meninggalkan hamba-hambaKu?”Mereka menjawab: kami datang sedangkan mereka melakukan solat kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat,ampunilah mereka pada hari kiamat.”


8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah pernah bersabda,maksudnya:”Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada malaikat yang menjadi wakil baginya,setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata”aminn dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.”

No comments:

Post a Comment