BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Allah Subhanahuwata'ala telah berfirman dalam surah Al-Kahf ayat 23 dan 24:
Bermaksud:
“Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu(yang hendak dikerjakan):”Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu,besok pagi”melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata)”Insya Allah”(jika dikehendaki Allah).
Sebagai agama yang syumul,islam telah mengaturkan bagi umatnya adab-adab dalam berjanji. Antara adab-adab yang perlu diikuti ketika melafazkan janji ialah dengan menyertakan ucapan”insyaAllah”. Ayat di atas diturunkan ketika mana Rasulullah didatangi oleh suku kaum Quraisy yang mana mereka ini menanyakan Rasulullah tentang Roh,Ashab Al-Khahf dan Dzulkarnain,lalu Rasulullah saw berjanji untuk menjawabnya keesokan harinya(dengan janji secara pasti) dan mengharapkan Jibril akan datang membawa wahyu. Hasilnya Jibril tidak datang sehingga lima belas hari lamanya. Ini membuatkan kaum Quraisy itu menuduh Rasulullah sebagai pendusta dan memperlekehkan Rasulullah kerna Rasulullah tidak dapat menyempurkan janji itu. Dalam kisah ini Allah telah menegur Rasulullah supaya apabila hendak membuat sesuatu janji supaya tidak mengikat janji itu secara pasti tetapi hendaklah mengatakan “Insya Allah”,kerana kekuasaan yang tinggi adalah di tangan Allah swt. Dari kisah ini kita dapat mengambil ikhtibar bahawa sesuatu janji yang hendak di buat itu mestilah disertakan dengan" InsyaAllah".
Maka dalam ayat ini Allah telah memberikan Rasulullah dan umatnya sebagai petunjuk bahawasanya sesuatu perkara itu hendaklah diserahkan kepada Allah sema-mata terutamanya apabila hendak melakukan sesuatu perkara pada masa yang akan datang hendaklah disertakan dengan “Insya Allah”(jika dikehendaki Allah)kerana hanya Allah jualah yang Maha mengetahui dan Maha menentukan segalanya apa yang berlaku selepas itu samada mengizinkan sesuatu perkara itu terjadi mahupun tidak. Sehubungan dengan itu Rasulullah saw mengambil dengan penuh perhatian mengenainya sehingga suruhan melakukan sesuatu dengan menyatakan pengakuan “Insya Allah” itu ditekankan oleh Baginda saw sebagaimana yang diriwatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu anhu:
Maksudnya: “Nabi Sulaiman bin Daud alaihissalam berkata:”Demi sesungguhnya saya akan mendatangi pada malam ini semua isteri-isteriku seramai seratus orang di mana masing-masing daripada mereka itu akan melahirkan seorang anak laki-laki yang menyertai jihad di jalan Allah”. Lalu Malaikat berkata kepadanya:”katakanlah: insya Allah”,namun sulaiman tidak mengatakannya kerana terlupa ,lalu dia mendatangi isteri-isterinya dan tidaklah lahir daripada mereka itu kecuali salah seorang isterinya yang melahirkan separuh manusia. Nabi saw bersabda:”Andainya dia berkata :”insya Allah”,tentulah dia tidak melanggar sumpahnya dan itu akan lebih mendatangkan harapan bagi hajatnya”(Hadith Riwayat Al-Bukhari).
Hadis ini memberikan peringatan dan pengajaran pada kita bahawa dengan menyertakan perkataan “insya Allah” ketika berjanji itu boleh menyelamatkan orang yang berjanji dari termasuk golongan orang-orang yang memungkiri atau mengingkari janji. Soalnya apakah ucapan “insya Allah “ itu diiktibarkan sebagai janji yang mesti dipenuhi mengikut hukum syara’?
Kebiasaannya sebahagian orang didapati apabila membuat janji akan mengatakan”insya Allah” dengan tujuan dengan tidak memberati apa yang dijanjikan itu atau dengan kata lain lafaz “insya Allah” itu diucapkan sebagai alas an untuk tidak memenuhi janji tersebut. Ini memang jelaslah bertentangan dengan hukum syara’ bahkan ia adalah dilarang oleh islam kerna ianya haram di sisi Allah. Janji itu wajib ditepati,manakal aucapan “insya Allah” itu adalah suruhan Allah dan RasulNya ketika berjanji sebagaimana telah disebutkan dalam Al-Quran dan Hadith Rasulullah saw. Maka disini ada dua perkara yang berasingan dan saling berhubung kait di antara satu dengan yang lain iaitu kewajipan menunaikan janji dan suruhan ucapan dengan lafaz “insya Allah” ketika melakukan janji. Ini bererti ucapan “insya Allah” itu bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji yang dibuat dengan berserah kepada kuasa Allah semata-mata. Bahkan perkataan “insya Allah” itu hendaklah disertai dengan azam untuk menyempurnakan janji agar tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang munafiq.
Walaubagaimanapun menyebut perkataan “insya Allah” dengan azam untuk melakukan sesuatu itu adalah lebih menepati kehendak agama Islam, kerana kita pasti bahawa kita tidak mampu melakukan sesuatu itu dengan izin Allah swt jua. Al-Quran juga mengajar umatnya apabila terlupa menyebut lafaz “insya Allah” ketika itu hendaklah kita menyebutnya sebaik-baik sahaja kita teringat. Hal ini diperintahkan Allah dalam firmanNya:”Dan ingatlah serta sebutkanlah akan Tuhanmu jika engkau lupa”.(Surah Al-Kahf:24)
Dari apa yang telah dijelaskan di atas dapat diambil ikhtibar dan pengajaran bahawasanya kepentingan lafaz “insya Allah “ ketika membuat sesuatu janji itu adalah dituntut oleh agama Islam disamping usaha kita untuk menyempurnakan janji yang telah kita adakan dengan Izin Allah swt.Insya Allah dengan kita mengamalkan syariat yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasul junjungan kita ini,maka kita akan terhindar dan di jauhi dari sifat-sifat orang munafiq yang mana mereka ini kekal di dalam neraka jahanam,wai’yazubillah..
No comments:
Post a Comment