Penawar kepenatan
Rasulullah s.a.w telah mengajarkan kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah dan menantunya Saidina Ali bin Abi Talib bagaimana cara untuk menghilangkan rasa kepenatan dalam melaksanakan tugas-tugas harian .Kisah ini menceritakan ,apabila suatau hari Saidatina Fatimah mengadu pada suaminya Saidina Ali tentang kesakitan pada tangannya kerana menggiling gandum untuk membuat roti,lalu Saidina Ali berkata:”Bapa kamu telah membawa pulang balik tawanan perang,mintalah seorang khadam untuk membantu kamu..”
Saidatina Fatimah lalu segera pergi berjumpa dengan bapanya Rasulullah s.a.w setelah di beritahu oleh suaminya untuk meminta seorang khadam bagi membantu dalam tugasan hariannya di rumah.Bagaimanapun Rasulullah tidak mampu untuk menunaikan dan memenuhi hasrat anak kesayangannya itu.Lalu Rasulullah s.a.w segera pergi berjumpa dengan puteri dan menantunya itu.
Baginda s.a.w berkata:
“Apakah kamu mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik dari apa yang kamu berdua minta daripadaku?Apabila kamu berdua hendak berbaring untuk tidur,maka bertasbihlah(SUBHANALLAH) 33kali,bertahmid(ALHAMDULILLAH) 33kali,dan bertakbir (ALLAHUAKBAR) 33kali.Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua dari seorang khadam”.
Inilah penawar ringkas yang di ajarkan oleh Baginda s.a.w kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesulitan hidup mereka berdua.Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah s.a.w ini.Katanya:”Demi Allah aku tidaj pernah meninggalkannya semenjak ia di ajarkan kepadaku”.

Kepada ibu-ibu,suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian,amalkanlah petua yang di ajarkan oleh Rasul kita ini pada setiap malam sebelum melelapkan mata.Lakukanlah dengan beristiqamah dan ihklas,Insya Allah petunjuk Rasul ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita.Insya Allah wajah kita akan ceria dengan senyuman dan jiwa akan tenang pada keesokan harinya.Wallahua’lam.

No comments:
Post a Comment